PERBANDINGAN AGAMA ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN

PENDAHULUAN.

Islam merupakan agama samawi yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada umat
manusia melalui perutusan Nabi Muhammad S.A.W,manakala agama Kristian pada asalnya dikenali sebagai nama Nasrani juga merupakan agama samawi yang diturunkan oleh Allah S.W.T untuk umat ketika itu menerusi Nabi Isa a.s. Berdasarkan kronologi sejarah,agama Nasrani(nama sebelum diselewengkan) mendahului agama Islam yang merupakan agama samawi terakhir sebagai pelengkap kepada tatacara hidup yang diamanahkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia di dunia ini.

Namun begitu,agama Nasrani telah diselewengkan dari landasannya yang sebenar,walaupun pada asalnya bertunjangkan dari sumber yang sama iaitu Allah.Penyelewengan ini dilakukan oleh St Paul(pengasas agama Kristian) sehingga tidak ada lagi ajaran asal Nabi Isa a.s yang masih diamalkan dengan betul dalam ajaran Kristian masa kini.Atas dasar inilah agama Kristian tidak sah diakui sebagai agama samawi,memandangkan segala ajaran yang terkandung dalam kitab Injil ( Bible )sudah diubah dan mengalami perubahan yang bertentangan dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s suatu ketika dahulu.

Untuk membuktikan berlakunya penyelewengan dalam ajaran Kristian maka di sini dikemukakan dua aspek perbandingan antara Islam dan Kristian :
A)    Konsep Ketuhanan menurut Islam dan Kristian.
B)     Konsep Penyucian Jiwa menurut Islam dan Kristian.

            KONSEP KETUHANAN MENURUT ISLAM DAN KRISTIAN


                                     ISLAM
                                   KRISTIAN
Menurut Islam konsep Tuhan adalah zat yang Maha Tinggi Yang Nyata dan Esa.Ia adalah Pencipta Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.Dia abadi yang menentukan takdir dan mentadbir semesta alam.
Konsep Kristian adalah sama. Namun Al-kitab mengajar bahawa walaupun Tuhan menentukan takdir manusia ia masih memberi kebebasan terbatas kepada manusia untuk bertindak menurut kehendaknya sendiri.

Menurut Al-Quran ada 99 nama untuk Allah.Nama yang paling terkenal dan sering dipakai ialah Maha Pengasih(Ar-Rahman) dan Maha Penyayang (Ar-Rahim)
Menurut Al-Kitab ada jauh lebih banyak dari 99 nama untuk Allah .Malahan ada ratusan nama yang diberikan untuk menolong manusia mengerti siapakah Allah.Al-Kitab mengemukakan Allah sebagai Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan oleh kerana itu orang yang bersungguh-sungguh masuk KerajaanNya diberi hak memanggilNya “Bapa”

Orang Islam percaya bahaw penciptaan alam semesta dan penguasaannya oleh Allah adalah bukti utama kemurahan Allah,kerana Allah muncul di mana -mana pun ,ia tidak harus menjelma dalam bentuk apa pun. Dalam Al-Quran ada tertulis “ Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah Yang Maha Halus (lemah lembut) lagi Maha Mengetahui.” Maksud ayat Surah Al-An’am ; ayat 103.
Salah satu cara Allah menyatakan kemurahanNya ialah dalam penciptaanNya.Namun Allah melihat manusia juga terbelenggu oleh dosa dan menyatakan kemurahanNya dalam menyediakan jalan keselamatan dari dosa,iaitu dengan penjelmaan KalimatNya- Isa Al-Masih untuk menjadi juru selamat orang  yang percaya kepadaNya dapat dilepaskan dari belenggu dosa.




Menurut pandangan Kristian lagi dalam Al-Kitab mencatatkan bahawa Malaikat Gabriel setelah menjumpai Maryam,ia juga pergi menjumpai Yusuf tunangan Maryam dan berkata sebagai berikut kepadanya “Yusuf anak Daud janganlah engkau takut mengambil Maryam sebagai isterimu,sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Kudus.Ia akan melahirkan anak lelaki dan engkau akan menamakan Dia Isa kerana Dialah yang akan menyelamatkan umatnya dari dosa mereka.” (Injil,Rasul Besar Matius 1 :20-21). Jadi setiap orang yang percaya kepadanya dan menjadi pengikutnya akan diselamatkan dari dosa mereka.

Sedangkan dalam al-Quran menceritakan bahawa telah datang satu malaikat kepada Maryam lalu berkata : “Aku hanyalah utusan dari Tuhan engkau ,akan memberikan kepada engkau seorang anak lelaki yang suci.” Maryam berkata : “Bagaimana aku akan memperolehi seorang anak lelaki sedangkan aku belum pernah disentuh oleh lelaki dan aku bukanlah seorang perempuan yang jahat “.Malaikat itu menjawab :”Begitulah(kejadiannya) Tuhan engkau telah berkata :”Hal itu bagiKu adalah perkara mudah dan peristiwa itu hendak kami jadikan keterangan bagi manusia dan rahmat dari Kami dan suatu perkara yang telah diputuskan “. ( Maksud ayat Surah Maryam : ayat 19-21.)

Isa Al-Masih yang dikenali sebagai Jesus Christ menurut Kristian adalah berasal dari Allah dan Dia adalah Allah yang menjelma menjadi manusia.Sebagai Utusan Allah Isa al_masih memang datang untuk menanggung hukuman atas dosa yang dilakukan oleh umat manusia. Isa Al-Masih melakukan dengan taat apa yang diutusNya di bumi ini yakni sebagai tebusan bagi banyak orang (Injil Rasul Besar Matius dan Markus ). Dan dalam( Injil Rasul Besar Yohanes ) pula menyatakan :”Isa Al-Masih memberikan nyawanya bagi pengikut-pengikutnya.” Jadi untuk menebus dosa manusia ,Isa yang dijelmakan dari Tuhan telah disalib sebagai hukuman di atas dosa yang
dilakukan oleh manusia. Pasukan yang menyalib Isa Al-Masih dicatatkan bertaubat tidak lama setelah Al-Masih disalib. Rasul Besar Matius mencatatkan sebagai berikut :”Ketua pasukan dan perajurit-perajuritnya yang menjaga Jesus menjadi sangat takut ketika mereka melihat gempa bumi dan apa yang telah terjadi  lalu berkata :”Sesungguhnya ,ia ini adalah Anak Allah (27:54)

Sedangkan di dalam Al-Quran menyatakan Nabi Isa a.s tidak disalib atau dibunuh iaitu maksud Firman Allah :” Dan mereka berkata,sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Anak Maryam Utusan Allah Dan sebenarnya mereka tidak membunuh Isa dan tidak menyalibnya (memakukannya di kayu palang) tetapi hanya penglihatan mereka sahaja. Bahawa orang-orang yang berselisih faham tentang itu,sebenarnya masih ragu-ragu ,mereka tidak mempunyai pengetahuan( yang pasti) tentang perkara itu,hanyalah menurut persangkaan.Mereka tidak pula yakin telah membunuh Isa.”
                                                                                          ( Surah An-Nisa’ : ayat 157 )    

Orang Kristian menyatakan bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa a.s tetapi sebenarnya tidaklah mereka membunuh Isa  atau menaikkannya di kayu palang,melainkan yang disalibkan itu ialah salah seorang murid Isa yang khianat, namanya Yahuza yang kelihatannya serupa Isa oleh tentera yang hendak menangkapnya.Tetapi mereka  masih ragu-ragu dan tidak mempunyai pengetahuan yang pasti tentang kematian itu.

Di dalam Injil( Bible) diterangkan, bahawa  Isa disalibkan hanya beberapa jam sahaja,kemudian diturunkan dan dibawa oleh seorang yang bernama Yusuf dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang merupakan kubur yang lapang dan di atasnya ditutup dengan batu ( Lukas 23 : 53), kemudian ia bangun kembali dan berangkat menuju Galelea.Sebab itu mereka ragu-ragu tentang kematian Isa, kerana tidak mungkin dalam beberapa jam sahaja,Isa akan mati dan Pilatus sendiripun hairan mendengar Isa diberitakan sudah mati. (Markus 15 : 44 )

Menurut pandangan Islam sebenarnya Nabi Isa a.s tidak mati,Tuhan mengangkat Isa kepadaNya iaitu meninggikan darjat dan kemuliannya secara yang dikehendaki Tuhan, seperti mana Firman Allah yang bermaksud : “Tetapi Allah telah mengangkat Isa kepadaNya dan Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana “
                                                                                          ( Surah An-Nisa” : ayat 158 )

Dari keterangan di atas dapat dibuat rumusan bahawa dalam ajaran Kristian penganutnya percaya kepada Tiga Tuhan atau dikenali sebagai Trinity iaitu Tuhan Bapa ,Tuhan Anak(Nabi Isa yang dikenali sebagai Jesus Christ) dan Tuhan Ruh Kudus ( tiga dalam satu),   Ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Gospel of St.John menyebut seperti “I and my Father are one” yang bermaksud “Aku dan Tuhan Bapa adalah satu “ selain itu terdapat ungkapan seperti “ I am in the Father and the Father in me “ yang bermaksud “Diriku dalam Tuhan Bapa dan Tuhan Bapa dalam diriku.”


Dalam ajaran Islam kepercayaan kepada Tuhan banyak sekali disentuh oleh Al-Quran yang menjadi sumber rujukan utama ajaran Islam.Al-Quran bukan sahaja menegaskan tentang adanya Allah tetapi juga menerangkan mengenai ketuhanan yakni bagaimana corak dan bentuk kepercayaan kita kepada Allah S.W.T. Kepercayaan kepada Allah S.W.T bererti kita mempercayai Allah itu ada dan Ia adalah Esa atau Tunggal dan tidak ada yang serupa denganNya Seperti mana Firman Allah :





(Surah Al-Ikhlas : ayat 1-4)
Maksudnya :  Katakanlah (wahai Muhammad) Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa.Allah menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan ia pula tidak diperanakan.Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya.

Beriman kepada Allah S.W.T juga bererti kita tidak beribadat melainkan hanya kepadaNya.Kita tidak menghambakan diri melainkan kepada Allah.Tidak meminta pertolongan melainkan kepadaNya. Kepada Allah sahaja digantung semua harapan. Di dalam al-Fatihah kita membaca di dalam setiap rakaat sembahyang kita diwajibkan menyebut :




(Surah Al-Fatihah : ayat 4)
Maksudnya : Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Beriman kepada Allah S.W.T juga bermakna kita melakukan semua perkara di dalam kegiatan hidup kita ini kerana Allah dan dengan cara-cara yang tidak berlawanan dengan peraturan Allah S.W.T, seperti Firman Allah :




(Surah Al-An’am : ayat 162)                             
Maksudnya : Katakanlah wahai Muhammad “bahawa sembahyangku,ibadatku,hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan semesta alam..”

Semua makna-makna keimanan yang disebutkan di atas dapat disimpulkan di dalam syahadah dan pengakuan setiap muslim iaitu :




Maksudnya :  Saya membuat penyaksian dan pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah.

Jadi jelaslah bahawa mengenali dan mengakui ketuhanan Allah S.W.T dalam ajaran Islam bukan hanya sekadar mempercayai Allah serta kekuasaanNya sahaja tetapi hendaklah diikuti dengan menyembah Allah dan tidak menyembah yang lain  daripadanya.Di masa menyembah,memohon dan berdoa hendaklah ditujukan langsung kepada Allah S.W.T tidak kepada yang lain. Tetapi di dalam ajaran Kristian walaupun penganutnya mempercayai Allah dan kekuasaanNya mereka juga mempercayai  kepada Jesus Christ yang diakui sebagai “Anak Tuhan “ dan memohon doa serta  pertolongan darinya dengan menyebut “ Jesus Help Me “.

Secara ringkasnya dapatlah dibuat kesimpulan di sini  bahawa ajaran yang dibawa oleh agama Kristian amatlah bertentangan dengan ajaran Islam, disebabkan kepercayaan mereka terhadap Tiga Tuhan (Tuhan Bapa,Tuhan Anak dan Ruh Kudus) berbanding dengan Islam yang mengakui Tuhan yang berhak disembah hanya Allah Tuhan yang satu
(Esa) tidak dua dan tidak tiga.


KONSEP PENYUCIAN JIWA MENURUT ISLAM DAN KRISTIAN.
ANALISIS PERBANDINGAN


MAKSUD PENYUCIAN JIWA.

Bagi penganut agama Islam dan juga Kristian  terdapat persamaan maksud konsep penyucian jiwa iaitu mereka lebih tertumpu ke arah pembersihan diri dari segala bentuk kejahatan dan dosa yang telah dilakukan akibat daripada tuntutan kuasa nafsu jahat yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan maksiat.

Sekiranya manusia itu menggunakan akal fikirannya dengan sebaik mungkin, pasti ia kan menjadi manusia yang seimbang dan berbeza pula halnya manusia yang gemar menurut kehendak nafsunya, ia akan membawa kepada kehancuran kerana tuntutan hawa nafsu merupakan jentera atau nadi utama dalam setiap jiwa manusia.

Apabila berlaku perkara ini, jiwa manusia itu mestilah diberi penawar dan dibajai dengan kaedah tertentu yang dikenali sebagai proses “Tazkiyyatulnafs” yang sememangnya wujud dalam ajaran Islam. Manakala pengamal Kristian pula, ia dikenali sebagai “Way of Purification” dan diamalkan melalui kerohanian mereka .Kedua-duanya membawa maksud sebagai proses penyucian jiwa.Ini bertujuan untuk membaikpulih aspek dalaman manusia disamping mendekatkan hubungan dengan Tuhan.

Walaupun terdapat persamaan dari segi maksud dan tujuan penyucian jiwa bagi ajaran Islam dan ajaran Kristian iaitu membersihkan diri dari dosa untuk mendekatkan diri dengan Tuhan tetapi terdapat beberapa ciri perbezaan terutamanya dari segi cara dan pelaksanaan penyucian jiwa yang dilakukan oleh kedua-dua agama ini.




                                                          - 5-


CIRI-CIRI PERBEZAAN

a) Dari sudut sejarah.

Sejarah lahirnya konsep penyucian jiwa dalam agama Islam adalah dipimpin oleh Nabi Muhammad S.A.W lanjutan daripada utusan nabi-nabi terdahulu dan ia sentiasa suci dan tulen dari sebarang bentuk penyelewengan. Manakala bagi agama Kristian pula sejarah lahirnya konsep penyucian jiwa mereka adalah bertunjangkan kepada penyelewengan yang direka cipta oleh St.Paul dan tidak sah untuk diperakui sebagai agama samawi.Penyelewengan yang berlaku ke atas agama Kristian telah merosakkan serta merubah segala isi kandungan asli yang terdapat dalam Kitab Injil.



b) Dari sudut sumber.

Amalan kerohanian dalam Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan diri Rasulullah S.A.W sendiri. Hal ini bertepatan dengan firman Allah :




(Surah Al-Syams : ayat 9-10)

Maksudnya : “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwanya.Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya.”

Ayat di atas jelas membuktikan gesaan terhadap umat manusia ,khususnya umat Islam terhadap pelaksanaan penyucian jiwa mereka. Manakala diri Rasulullah yang dilihat sering melakukan aktiviti bertahannuth di Gua Hira’ sebagai jalan penyucian jiwanya sehingga diwahyukan Al-Quran . Ini adalah sumbet sebanar tercetusnya konsep penyucian jiwa dalam Islam.

Hal ini berbeza dengan apa yang dipercayai oleh masyarakat Kristian di mana sumber terhadap konsep penyucian jiwa mereka adalah berteraskan daripada Bible dan juga Jesus Christ.Ini bertepatan dengan apa yang terkandung di dalam Bible New Testament iaitu :

“These people honor me with their lips,but their heart are far from me.” ( Mathew, 15:8)                 

Maksudnya : Golongan ini memuliakan aku dengan bibir mereka,akan tetapi hati mereka amat jauh daripadaku.

“Very early in the morning, while it was still dark,Jesus got up, left the house and went off to a solitary place,where he prayed”. (Mark, 1:35)
                                                                                                                            -6-
Maksudnya : Di awal pagi,ketika masih gelap,Jesus telah bangun, meninggalkan rumah dan keluar ke suatu tempat sunyi bersendirian, lalu beliau sembahyang .

Petikan pertama di atas jelas menunjukkan kekosongan jiwa manusia yang memerlukan kepada pengisian kerohanian yang jitu agar masyarakat Kristian dapat menyempurnakan kehidupan mereka sebagai seorang yang benar-benar taat kepada ketuhanan Jesus Christ sebagai lambang penyucian jiwa mereka. Petikan ini juga merupakan bukti yang digunakan oleh mereka tentang lahirnya konsep penyucian jiwa dalam agama Kristian.

Manakala petikan kedua pula sebagai dakwaan masyarakat Kristian bahawa amalan mistik kerohanian itu bertunjangkan dari Nabi Isa atau Jesus Christ sendiri yang dilihat sering bersendirian sebagai tanda mengabdikan diri kepada Tuhan.Persoalan mengenai Nabi Isa atau Jesus Christ yang didakwa sebagai pelopor kepada munculnya amalan mistik kerohanian bagi masyarakat Kristian ini benar-benar wujud berdasarkan kepada kewujudan para pendeta tinggalan umat Nabi Isa a.s yang wujud sebelum Islam datang dan amalannya menjadi ikutan umat ketika itu sebagai langkah pembersihan jiwa mereka.

 Jelaslah di sini,perbezaan sumber serta perubahan dan penyelewengan yang berlaku terhadap ajaran Kristian telah mengklafikasikan agama ini sebagai bukan agama samawi lagi dan Islam kekal sebagai satu-satunya agama samawi yang tetap terpelihara asli dan tidak mengalami sebarang perubahan.


c) Dari sudut matlamat.

Bagi umat Islam, matlamat merealisasikan konsep penyucian jiwa adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah S.w.t serta berusaha dengan cara terbaik bagi melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa.Di samping itu, mereka yang berjaya menjalani proses pembersihan diri ini akan merasai kehadiran Tuhan dan kasih sayang serta nikmat  yang melimpah ruah terhadap diri mereka.

Dari sudut pandangan agama Kristian pula, matlamatnya adalah hampir sama sahaja dengan Islam iaitu untuk mendapatkan kembali hubungan kasih sayang daripada Tuhan yang telah lama hilang akibat sering melakukan dosa dan kejahatan. Namun begitu, bezanya adalah mereka menganggap Nabi Isa atau Jesus Christ itu sebagai jelmaan Tuhan untuk menjadi juru selamat manusia dari belenggu dosa.Manakala bagi umat Islam pula, Tuhan ynag disembah adalah Allah yang Maha Esa yang mentadbir Sekelian Alam.


d) Dari sudut pelaksanaan.

Terdapat beberapa perbezaan berkenaan dengan cara perlaksanaan penyucian jiwa bagi kedua-dua agama ini. Perbezaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :


                                                           -7-

Pertama :  Confession ( pengakuan dosa)

Perbezaan ketara yang dapat diungkapkan dari sudut pelaksanaan konsep penyucian jiwa bagi  agama Islam dan Kristian adalah melalui amalan confession iaitu ( pengakuan dosa).Dalam ajaran Kristian istilah confession / pengakuan dosa digunakan oleh penganutnya sebagai salah satu konsep penyelamatan dari dosa yang dilakukan oleh manusia yang berdosa setelah mereka dibaptiskan. Menurut teologi Kristian, dosa  yang dilakukan selepas dibaptis hanya dapat dihapuskan melalui amalan “confession of Sin” Manakala dosa warisan pula hanya akan terhapus dengan kepercayaan mereka terhadap Jesus Christ melalui amalan “Confenssion of Faith “. Amalan confession yang biasanya berlaku dalam konteks peribadatan yang boleh mengangkat darjat individu yang berdosa atau bersalah.Ia hendaklah dilakukan dihadapan seorang penerima yang mendengar pengakuan tersebut.

Penerima yang dimaksudkan adalah seorang paderi yang berautoriti dalam hal pengampunan dosa sebagai penghubung kepada Tuhan Jesus Christ. Pengakuan ini hendaklah dilakukan secara individu atau berkumpulan, tidak kira samada secara terbuka atau secara rahsia dan ia bertujuan untuk mendapat pengampunan dosa. Hal ini jelas dapat dilihat dalam Bible Old Testament.Selesainya proses confession ini, maka secara rasminya mereka telah pun suci dari dosa yang telah dilakukan.

Dalam ajaran Islam penyucian jiwa lebih tepat disebut sebagai  “tazkiyah Al-nafs”. Al-Tazkiyyah di ambil dari kata dasar                                              yang membawa maksud membersihkan, iaitu satu bentuk pembersihan dan juga pennyucian.Pembersihan yang dimaksudkan di sini mempunyai dua erti iaitu pembersihan harta dan juga pembersihan diri. Hal ini bertepatan dengan firman Allah :



( Surah Mukmin : ayat 4)

Maksudnya : Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu ).

Dan Firman Allah :



(Surah Al-Syams : ayat 9 – 10 )

Maksudnya : Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan jiwanya.Dan sesungguhnya rugi besar orang yang mengotorkannya.

Ayat di atas menerangkan bahawa membersihkan jiwa ialah dengan iman dan amal soleh sebaliknya mengotorkan jiwa dengan kufur, melakukan dosa dan menurut hawa nafsu.


Menurut Sheikh Abdul Qadir Al-Jalani membahagikan takrif tazkiyah al-nafs kepada dua bahagian iaitu :

i.                     Penyucian yang bersifat luaran sebagaimana yang disarankan oleh Islam iaitu membersihkan dengan menggunakan air untuk menghilangkan segala kekotoran dan amalan wuduk sebagai salah satu bentuk penyucian luaran.

ii.                   Penyucian yang bersifat dalaman dan melibatkan pelakuan dosa. Dosa yang dilakukan oleh manusia hanya boleh dihapuskan melalui proses taubat.

Taubat wajib dilakukan oleh setiap individu Islam yang benar-benar ingin menyucikan jiwanya dari dosa- dosa silam tanpa  ada unsur perantaraan seseorang dengan Allah S.W.T.Islam menganjurkan amalan taubat iaitu penghapusan dosa hanya layak diterima oleh Allah sahaja bukan seperti ajaran Kristian yang mewajibkan amalan confession dilakukan dihadapan seorang paderi.

Selepas selesai melakukan proses taubat,maka individu tersebut hendaklah benar-benar membuang jauh segala dosa yang dilakukan dan berjanji tidak akan kembali mengulangi dosa tersebut.Seperti man Firman Allah :



( Surah Al-Baqarah : 222 )

Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang –orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri .

Jiwa seseorang tidak akan bersih dari segala kekotoran atau dosa selagi ia belum bertaubat kepada Allah.Justeru itu Islam menggesa umatnya agar segera bertaubat di atas setiap dosa yang dilakukan sebagai langkah mengawal jiwa daripada aspek-aspek yang mampu merosakkan akhlak dan peribadi umatnya supaya dapat menikmati kebahagian yang hakiki hasil dari hubungan ikhlasnya dengan Allah.


Kedua : Meditasi (meditation ) / Tafakur.

Meditasi ataupun tafakur di dalam Islam merupakan sesuatu yang abstrak dan tersembunyi.Ianya lebih kepada faktor menghayati, memikir serta merenungi segala bentuk ciptaan Tuhan di alam ini seperti kejadian langit, bumi, bukit-bukau dan lautan sebagai lambang kebesaran dan kehebatan kuasa Allah S.W.T. Seperti mana Firman Allah :


                                                                                                   -9-
(Surah Yunus ; ayat 101)
Maksudnya : Katakanlah (Ya Muhammad ) Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi, tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan Rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman.

Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh manusia mengarahkan pandangannya kepada ciptaan alam buana ini, baik di langit atau di bumi supaya kita mengakui kewujudan dan kekuasaan Allah melalui amalan bertafakur ini yang akan menyedarkan umat manusia khususnya umat Islam tentang betapa agungnya Allah.

Bagi masyarakat Kristian pula, amalan meditasinya adalah lebih terarah kepada bentuk pertapaan yang memerlukan seseorang berada dalam keadaan duduk tegak serta berzikir dengan ucapan tertentu( yang akan diterangkan kemudian).Meditasi yang dilakukan itu biasanya diekspresasikan melalui hati khusus kepada Jesus Christ.


Ketiga :  Eucharist/ amalan kesyukuran atau pernyataan terima kasih.

Perbezaan seterusnya yang dapat dikemukakan di sini adalah mengenai doktrin atau amalan eucharist (istiadat suci). Menurut kepercayaan Kristian ,Jesus menetapkan dua istiadat yang harus dipatuhi oleh pengikutnya iaitu :

a)      Baptisan ( yang telah diterangkan sebelum ini )
b)      Perjamuan Kudus yang dinamakan juga “Meja Tuhan”.Pada malam hari sebelum penyalibanNya,Jesus memberikan roti pada Rasul-rasulnya lalu berkata “ Ini tubuhku” . Dia juga memberikan secawan air anggur katanya “Ini darahku “. Jesus mempergunakan roti dan air anggur sebagai lambing tubuhNya dan darahNya. Dan Dia memberikan perintah pada muridnya untuk melakukan istiadat ini sebagai peringatan dalam iman.

Kebanyakkan gereja di seluruh dunia mematuhi perintah ini sebagai satu amanalan perumpaan atau simbolik yang mesti dilakukan oleh penganut Kristian sebagai satu bentuk ibadah dalam penyucian jiwa mereka. Perumpaan dengan memakan roti yang diibaratkan sebagai ‘jasad’ Jesus Christ dan meminum arak (air anggur) yang diumpamakan sebagai darah beliau adalah agenda utama dalam konteks eucharist ini.Dengan melaksanakan segala tuntutan tersebut, maka tercapailah impian mereka untuk merasai kehadiran Tuhan ke dalam diri mereka, sekaligus mempamerkan tanda kesyukuran kepada ketuhanan Jesus Christ.

Hal ini sama sekali berbeza dan bertentangan dengan aqidah serta kepercayaan umat Islam.Ini kerana di dalam Islam tidak wujud sebarang bentuk amalan yang membolehkan umatnya “ mentashbihkan” Allah dengan sesuatu..Apatah lagi dengan meminum arak yang sememangnya telah diharamkan oleh Islam ke atas penganutnya.Jelas di sini dapat dilihat ia sebagai sesuatu yang menyeleweng dan tidak sepatutnya berlaku.
                                                                                                               -10-

Keempat : Prayer / sembahyang.


Kedua-dua penganut agama Islam dan juga Kristian mempercayai bahawa sembahyang adalah salah satu daripada proses yang mesti dilakukan dalam menjana penyucian jiwa mereka. Namun begitu perbezaan terletak kepada pelaksanaan sembahyang tersebut.

Islam telah menggariskan cara tertentu bagi penganutnya apa yang dikatakan sebagai sembahyang /solat. Sembahyang adalah satu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam yang mesti memenuhi syarat-syarat tertentu serta rukun solat yang mesti dipatuhi. Selain syarat sah dan rukunnya ,sembahyang juga mempunyai perkara-perkara yang membatalkannya.

Sembahyang di dalam Islam ialah merupakan pertalian terus menerus antara hamba dengan Allah tanpa perantaraan sama ada orang biasa atau golongan ulama’, dalam hubungan ini seseorang manusia di masa menyembah Allah bebas dari sebarang wasilah(perantaraan) dan tempat kerana semua tempat yang suci di bumi ini boleh digunakan untuk melakukan ibadah kepada Allah tidak semesti di masjid sahaja.

Bagi penganut Kristian sembahyang biasanya dilakukan di gereja diadakan pada hari minggu dan juga pada hari-hari lain. Dalam ibadat di gereja mereka membaca Al-Kitab(Bible), banyak nyanyian pujian yang dinyanyikan dan pendeta (paderi) menyampaikan khutbah.

Kelima : Contemplation/ berzikir .

Kedua-dua penganut Islam dan Kristian meletakkan amalan berzikir sebagai salah satu lagi metod yang mesti dilakukan dalam menjana penyucian jiwa mereka.Ketika melaksanakan amalan berzikir umat Islam dan Kristian masing-masing akan memuji Tuhan mereka dengan cara tersendiri, akan mengagungkan Tuhan mereka serta mensyukuri Tuhan mereka.Ini kerana penghayatan amalan zikir ini lebih menumpukan kepada pemusatan hati sebagai jentera utama yang menghubungkan jiwa seseorang terhadap Tuhannya.Agama Islam dan Kristian bersepakat menyatakan bahawa setiap individu perlu menghayati serta merasai dengan sepenuh jiwa akan kehadiran Tuhan dalam diri mereka ketika mana amalan berzikir dijalankan.

Manakala dari aspek perbezaan pula, ianya sudah tentu berkaitan dengan lafaz atau sebutan yang digunakan. Bagi penganut Islam, lafaz yang biasa di gunakan ketika berzikir sudah pasti berhubung secara langsung dengan Allah seperti lafaz”Subhanallah”, “Alhamdulillah” dan “Allahu akbar” yang bermaksud “Maha suci Allah”,”Segala pujian bagi Allah” dan “Allah Maha Besar”.

Bagi penganut Kristian pula, sudah tentu ia berkaitan dengan Tuhan Jesus Christ, contohnya “Ala Bapa” yang bermaksud “Tuhan Bapa “(pengakuan Yapp Ewe Lye, Pastor Patani Baptist Church).
Perbezaan lain yang dapat dinyatakan di sini ialah umat Islam berzikir hanya kerana Allah S.W.T manakala masyarakat Kristian berzikir hanya untuk Jesus Christ.


Keenam : Fasting/ puasa.

Ibadat puasa juga dilihat sebagai satu bentuk persamaan yang dilakukan oleh penganut Islam dan juga Kristian dalam konteks pembersihan jiwa. Namun begitu, walaupun turut sama diakui oleh sarjana-sarjana Kristian berkenaan dengan amalan berpuasa ini,mereka hanya menyebut perkataan berpuasa sahaja tanpa memberikan sebarang pendetelan berhubung dengan amalan tersebut. Penekanan yang diberikan hanya berkisar kepada amalan taubat(pengakuan dosa- confession) amalan bersyukur/eucharist, sembahyang/prayer dan bertafakur/meditation. Atas dasar inilah dapat disimpulkan bahawa amalan berpuasa tidak begitu dititikberatkan oleh penganut agama Kristian tetapi percaya bahawa ianya sebahagian dari amalan penyucian jiwa.

Menurut seorang paderi dari mazhab Protestant,beliau menyatakan bahawa puasa juga merupakan salah satu amalan baik untuk menyucikan jiwa.Namun begitu,menurutnya lagi, masyarakat Kristian bebas melakukan amalan puasa pengikut tahap kemampuan diri individu. Kata, “Seseorang itu telah berniat untuk tidak memakan daging pada esok harinya,” Ini juga dikira berpuasa bagi masyarakat Kristian.(pengakuan Yapp Ewe Lye,Pastor Patani Baptist Church).

Contoh yang lain (keterangan dari seorang penganut Kristian) apabila berpuasa mereka dibenarkan untuk minum sahaja tanpa makan dan minuman tersebut tidak boleh dicampurkan dengan susu iaitu milo “0” atau teh “0” atau kopi “0” atau minuman lain tanpa susu, ini juga dikira sebagai puasa.

Jelaslah di sini ,amalan puasa bagi penganut Kristian dilihat tidak begitu dititikberatkan oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa amalan puasa bagi penganuat Kristian merupakan amalan yang tidak ada satu garis panduan yang tetap bagi mereka.

Sedangkan dalam Islam ibadat puasa sangat dititikberatkan kerana ianya termasuk dalam salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan  seperti mana perintah Allah yang terkandung dalam FirmanNya :




(Surah Al-Baqarah : ayat 183)
Maksudnya :  Wahai orang-orang yang beriman,kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.

Adapun pengertian puasa menurut Islam ianya bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari tetapi turut sama melatih nafsu dan naluri manusia agar tidak menurut kehendak syaitan yang sentiasa menggoda ke arah melakukan kejahatan.Makanan serta minuman yang lazat adalah pencetus kepada lahirnya individu yang tidak berkualiti. Ini kerana dengan makanan itulah terbinanya nafsu seorang.Seorang muslim yang benar-benar  berpuasa tidak mencela, tidak mencaci, tidak mengumpat, tidak bercakap kotor dan tidak mengikut keinginan nafsu yang rendah.Inilah cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi yang mulia.

Demikian juga puasa boleh melemahkan tekanan nafsu yang keras,kerana orang yang sentiasa kenyang akan bertambah keras syahwatnya.Jadi dengan berpuasa dapat menurunkan tekanan nafsu tersebut.

Dari segi kesihatan serta rawatan penyakit memang puasa itu sangat berfaedah.Perut manusia itu boleh diibaratkan sebagai enjin kenderaan.Maka jika enjin itu sentiasa berjalan tentulah akan cepat rosak,begitulah juga perut dan alat-alat pencernaan manusia perlu diberi rehat selama sebulan dalam setahun guna untuk membersih dan membetulkan perjalanan alat-alat tersebut.Jikalau tidak ia akan cepat terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Atas dasar inilah Islam meletakkan ibadat puasa sebagai jalan pembersihan jiwa yang akan membantu mempertingkatkan kemuliaan peribadi seseorang.


Ketujuh : Mengadakan perayaan.

Menurut ajaran Kristian terdapat sekurang-kurangnya 3 perayaan utama iaitu :

a)      Perayaan Hari Natal (Krismes) iaitu perayaan hari kelahiran Jesus.Kebanyakan orang Kristian merayakan Hari Natal pada 25 Disember.
b)      Perayaan Paskah, apabila orang kristian bersukacita atas kebangkitan Jesus dari kematian.Tarikh Paskah berbeza dari tahun ke tahun tetapi biasanya dirayakan pada bulan Mac atau April.
c)      Perayaan Pentekosta ketika mengingati kembali pemberian Roh Allah kepada anaknya 7 minggu setelah hari kebangkitanNya.


Manakala dalam Islam hanya terdapat 2 perayaan utama yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia iaitu:

a)      Hari Raya Aidilfitri iaitu perayaan yang disambut pada 1 Syawal tiap-tiap tahun sempena kemenangan umat Islam menyempurnakan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.
b)      Hari Raya Aidiladha iaitu perayaan yang disambut sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ke atas anaknya Nabi Ismail a.s atas perintah Allah.

Selain itu terdapat juga sambutan lain yang disambut oleh umat Islam yang dikenali sebagai “Hari-hari Kebesaran Islam” antaranya ialah Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, Nuzul Quran ,Maal Hijrah dan sebagainya sempena peristiwa tertentu yang berlaku dalam sejarah umat Islam yang diceritakan di dalam kitab Al-Quran.


Sebagai kesimpulannya ,setelah dibentangkan beberapa  perbezaan yang terkandung di dalam ajaran Islam dan juga ajaran Kristian , didapati bahawa idealogi atau kepercayaan dan juga pelaksanaan ibadat yang terkandung di dalam ajaran Kristian adalah berbeza dan bercanggah dengan akidah atau kepercayaan ajaran Islam.Ini disebabkan oleh doktrin-doktrin yang diaplikasikan dalam ajaran Kristian itu adalah berhubung kait dengan ketuhanan Nabi Isa atau dikenali sebagai Jesus Christ iaitu orang perantaraan dalam konteks pengampunan dosa.Sebab itulah Jesus Christ dianggap suci dan mulia sehingga mereka mengagungkan Isa sebagai Tuhan /anak Tuhan dan menyembahnya melalui lambang salib yang terdapat di gereja-gereja kerana ia dianggap. sebagai penyelamat manusia dari belenggu dosa .

Sedangkan dalam Islam kepercayaan dan segala perbuatan yang kita lakukan di dunia ini hanyalah semata-mata kerana Allah dan menyerah diri seluruhnya hanya kepada Allah ,tidak ada Tuhan lain selain daripadaNya dan tidak ada simbul/lambang yang digunakan dalam peribadatan umat Islam melainkan Allah itu wujud di hati dan tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Akhir sekali terserahlah kepada individu itu untuk memilih agama yang dirasai berada di jalan yang benar kerana agama di dunia ini banyak dan yang diakui benar hanyalah satu iaitu Islam seperti mana Firman Allah :




(Surah Al-Imran ; ayat 19)

Maksudnya : …Sesungguhnya din (yang benar) di sisi Allah ialah Islam.

6 comments:

  1. kenapa mesti ada "namun"...(perbezaan)

    ReplyDelete
  2. Christian is my Saviour..

    ReplyDelete
  3. This is wrong...he made his own theory....let me ask u....hve u met god bfore.?

    ReplyDelete
  4. awak,kontra kan sikit tulisan dengan background.tak sesuai la

    ReplyDelete
  5. ya allah. tulisan ni. sakit mata weyh. haha

    ReplyDelete