MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
               SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI PETANI
                                                      BIL     :    03/2011


                        Tarikh         :           9 Oktober 2011
                        Hari             :          Ahad
                        Masa           :           8.00 Pagi
                        Tempat       :           Surau Al-Muttaqin
                        Kehadiran   :          11/11



Agenda

I             PERUTUSAN PENGERUSI


1
Pengerusi memberikan kata aluan dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli panitia yang hadir dan ucapan maaf di atas perubahan tempat mesyuarat dari Bilik Cempaka ke Surau Al-Muttaqin.

2
Pengerusi juga merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan semua program panitia yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan lancar .

II
UCAPAN PENTADBIR
(Ustaz Yusoff Bin Zainon -  PK Kokurikulum)
3
UstazYusoff selaku pentadbir merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah di atas kejayaan melaksanakan program-program panitia.

4
UstazYusoff juga mengingatkan semua GPI bahawa kerja buat kita hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan lakukan dengan baik.

5
Cari jalan penyelesaian untuk meningkatkan prestasi terutama di kalangan pelajar Islam supaya mereka diberi penekanan dari aspek penghayatan.





(Ustazah Fazilah Bt Mat -GKM Kemanusiaan)

6
Pn.Fazilah selaku pentadbir menyampaikan beberapa pesanan dari Pengetua :
a)      Pengetua menyatakan  ucapan terima kasih kepada semua guru Pendidikan Islam atas semua aktiviti yang dilaksanakan.
b)      Pelajar  perempuan Islam yang uzur syar’ie untuk tahun 2012  Tingkatan 1 dan 2 akan dibekalkan buku ‘Program Uzur Syar’ie’.
c)      Solat berjemaah (sesi pagi)- setiap penyelaras tingkatan sediakan borang rumusan dan hantar pada setiap 5 haribulan.
d)      Program Masbuk dan Muwafik – adakan majlis muzakaroh semua guru Pendidikan Islam.
e)      Setiap program yang dilaksanakan mesti dibuat salinan soft copy sebagai simpanan.
f)        Peka dengan cara belanja pentadbir dan buat catatan setiap apa yang dilaksanakan.





III
MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

7
Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu kepada semua ahli.

8
Ustazah Siti Fatimah mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Ustazah.Onaizah.
IV
PERKARA BERBANGKIT

9
LDP Panitia Pendidikan Islam- dua LDP telah dilaksanakan iaitu Pedagogi Pengajaran dan Mastery Learning manakala Kajian Tindakan ditunda ke tahun hadapan.

10
Teknik menjawab soalan SPM – cadangan menjemput Ustaz Tarmizi Saad ditukarkan kepada menjemput Ustazah Solehah Mat Zain dari SMK Labu Besar Kulim.

11
Program Peningkatan Prestasi Tingkatan 3 dan 5 di Pusat Rela Bukit Selambau ditunda ke tahun hadapan.

12
Kad uzur syar’ie ,setiap minggu hari Khamis perlu dicop oleh Penyelia Petang.

V
LAPORAN KURIKULUM KETUA PANITIA

13
Sukatan Pelajaran semua tingkatan telah diselesaikan dengan cara memberi nota dan latih tubi.

14
Soalan peperiksaan dihantar bersama JSI mengikut format peperiksaan iaitu Tingkatan 1,2 dan 3 mengikut format PMR dan Tingkatan 4 dan 5 mengikut format SPM.

15
Markah Akhir Tahun Tingkatan 1,2 dan 4 mestilah diisi mengikut tarikh peperiksaan SAPS iaitu sebelum 10 November 2011.

16
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi Tingkatan 1,2 dan 4 menggunakan soalan dari PPD Kuala Muda/Yan walaupun soalan telah disediakan oleh guru Pendidikan Islam iaitu Ustazah Siti Fatimah bagi Tingkatan 2, Ustazah Zawiyah bagi Tingkatan 1 dan Ustazah Mariani bagi Tingkatan 4.

17
Kontrak Latihan diubah dari jumlah soalan kepada bilangan latihan.

Tindakan : Semua penyelaras tingkatan

VI
PERANCANGAN KURIKULUM TAHUN 2012

18
Mesyuarat Panitia Tahunan (setahun tiga kali) telah dilaksanakan iaitu kali Pertama pada 18 Januari 2011 ,kali Kedua pada 26 Jun 2011 dan kali Ketiga pada 9 Oktober 2011.

19
Pelan Tindakan 2012 adalah mengikut Pelan Tindakan yang sedia ada .Program mestilah mengikut kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah.

Tindakan : Semua GPI

20
Kewangan – wang baki Panitia Pendidikan Islam lebih kurang RM 1500.00.Perbelanjaan telah digunakan untuk mencetak modul-modul peperiksaan PMR dan SPM dan bayaran penceramah teknik menjawab PMR dan SPM.

21
Ustaz Yusoff mencadangkan penceramah dalaman diberi sagu hati menggunakan wang Panitia Pendidikan Islam untuk tahun 2011 dan tahun-tahun akan datang sebanyak RM 30.00.

22
Setiap aktiviti yang menggunakan peruntukan Panitia hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Panitia.

                                                                                                                  Makluman : Semua GPI

23
Ahli Panitia mencadangkan untuk membeli buku nota  dan latihan bagi Tingkatan 1,2 dan 3 .Untuk Tingkatan 4 dan 5 lebih merujuk kepada buku teks.

VII

PERANCANGAN PENINGKATAN PRESTASI

24
Pelajar di dalam kelas dibahagikan mengikut kumpulan cemerlang , sederhana dan lemah bagi semua tingkatan.

  Tindakan :Semua GPI


25
Penyediaan Modul Jawi untuk digunakan dalam kelas bagi pelajar Tingkatan 1
dan 2.

   Tindakan : Penyelaras Tingkatan 1 dan 2.

26
Amali/jawi diwajibkan sekali seminggu bagi setiap guru Pendidikan Islam.

   Tindakan   : Semua GPI

27
Kelas Fajar – Ustazah Fazilah mencadangkan supaya setiap Tingkatan 3,4 dan 5 mewajibkan Kelas Fajar sekurang-kurangnya 2 kali setahun.Bagi Tingkatan 1 dan 2 diadakan Kelas Dhuha juga sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

  Tindakan  :  Semua GPI

28
Ustazah Fazilah juga meminta supaya mengadakan semula hadiah galakan untuk pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam Pendidikan Islam dan diselaraskan semua tingkatan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
a)      5 hadiah untuk markah tertinggi.
b)      5 hadiah untuk yang ada peningkatan.

   Tindakan  :Ketua Panitia.

29
Perancangan aktiviti Peningkatan Prestasi 2012
Antara nya ialah :
a)      Ceramah Teknik menjawab soalan.
b)      Taklimat PBS
c)      Kelas Fajar/Kelas Dhuha
d)      Qiamullail,Yasin Perdana
e)      Kelas Tambahan Berfokus masa cuti.
f)        Taklimat Awal Ramadhan dan Aidilfitri.
g)      Program pemantapan kerohanian (Tazkiyatun Nafsi/solat sunat).
h)      Program Sinar.
i)        Program skor A Tingkatan 3.
j)        Program ‘Halus’ Tingkatan 3.
k)      Jadual Anjal untuk kumpulan ABCDE dan kumpulan gagal.
l)        Program Gemilang pelajar yang mendapat A dan B.
m)    Kumpulan Selamat ( untuk pelajar yang gagal)
n)      Kem Fardhu Ain – Fasa 1 – Penerangan.
                                         Fasa 2 – Bengkel.
o)      Program Mengilap Bintang Tingkatan 5 (bagi pelajar yang mendapat A+,A,A- dan B+)

VIII
PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB)

30
Ustaz Yusoff  Bin Zainon – PK Kokurikulum.
Tiap-tiap guru pastikan buku nota dan latihan lengkap dan dihantar kepada pemantau mengikut jadual yang ditetapkan,objektif yang ditulis tercapai atau tidak.

31
Pastikan tarikh giliran guru yang akan dicerap oleh pentadbir masing-masing.

32
Guru dinilai dari segi kekuatan dan kelemahan.

33
Ustazah Fazilah Binti Mat.-GKM Kemanusiaan.
Dalam pemantauan Kurikulum diambil kira lima perkara :
a)      Pencerapan
b)      Buku latihan
c)      Buku nota.
d)      Buku rekod mengajar guru.
e)      Pengurusan kelas.

IX
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

34
PAFA Tingkatan 1 sehingga 5 ,kutipan wang bagi buku PAFA –belum selesai.
Kutipan semula akan dilakukan selepas Peperiksaan Akhir Tahun.
Bengkel PAFA akan diadakan bagi setiap tingkatan dan setiap pelajar mesti ada buku PAFA dan wajib membeli buku tersebut.

35
Tilawah dan ayat hafazan untuk Tingkatan 3 telah selesai dilaksanakan

36
Penyerahan duit buku PAFA hendaklah diselesaikan sebelum 10 November 2011.

X
HAL-HAL LAIN.

37
Setiap modul yang hendak dibuat mestilah ada cover - contoh  : Modul Awal Tahun  dan Modul Akhir Tahun.
Serahkan kepada Ketua Panitia pada 12 Oktober 2011.

38
Program Sinar sesi petang ditukarkan  dari pukul 12.30 tengahari kepada 12.45 tengahari sehingga 1.15 petang .

39
Ahli mesyuarat bersetuju buku nota pelajar menggunakan buku yang ada lima bahagian dan berkulit tebal mengandungi 300 muka surat.

40
Penempatan guru agihan mengajar Pendidikan Islam mengikut jadual yang diedarkan.

41
Ustaz Fakhrulrazi memaklumkan bahawa pada tahun ini tiga pembesar suara di surau telah rosak.






XI
PENUTUP


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr.
















Disediakan oleh  :                                                                        Disemak oleh :


………………………………                                                    …………………………….
(MARIANI BT MOHAMAD )                                                 (ANISAH BT SHAHRIN)
Setiausaha,                                                                                  Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Islam                                                           Panitia Pendidikan Islam
SMK Bandar Sungai Petani.                                                      SMK Bandar Sungai Petani


No comments:

Post a Comment